Selasa, 27 Oktober 2009

Sejarah Penglibatan

En. Zolkepeli bin Mohd Arof dan En. Mat Zainuddin bin Mat Jusoh merupakan Usahawan Ternakan Lembu di Bandar Tun Razak, Pahang. Mereka mula berkecimpung dalam bidang penternakan lembu ini sekitar tahun 80 an lagi. Mereka berdua adalah rakan karib. Mereka menternak lembu bersama-sama dikawasan ladang.

Mula menternak lembu pada tahun 1987. Pada mulanya mereka hanya mempunyai 8 ekor lembu sahaja. Selepas itu mula mendapat bantuan daripada Jabatan Haiwan iaitu sebanyak 100 ekor lembu telah diberikan.

Manakala pada tahun 2002 mereka telah mendapat bantuan daripada FELDA sebanyak RM32,000.00 untuk membeli peralatan-peralatan, makanan lembu dan anak benih lembu. Selain daripada itu mereka juga telah mendapat 1 unit mesin pelepah kelapa sawit daripada kerajaan untuk menghancurkan pelepah dan memberi makan lembu.
Mereka menjaga lembu tersebut bersama-sama. Setiap petang mereka akan pergi ke ladang untuk memberi lembu mereka makan.

Kawasan Ternakan (Kandang)

Secara umumnya tugas hakiki seorang peneroka FELDA adalah diladang kelapa sawit maka tidak hairanlah pemilihan kawasan penempatan ternakan (kandang) mereka berlokasi di kawasan tersebut. Bagi memastikan tahap keselamatan ternakan mereka lebih terjamin serta dapat menampung jumlah ternakan yang semakin meningkat, pembinaan kandang berkonsepkan fittload telah dipraktikkan.
Bagi menjimatkan kos ,mereka mengambil inisiatif membina kandang dengan menggunakan khidmat tenaga mereka sendiri tanpa mengupahnya daripada mana-mana pihak. Kawasan kandang yang dibina begitu luas sehingga boleh memuatkan beratus-ratus ekor lembu. Berikut adalah antara kawasan-kawasan kandang yg dibina oleh mereka berdua:-



Peralatan Kandang dan Pagar

Terdapat pelbagai peralatan yang digunakan untuk membuat pagar dan juga kandang lembu. Antaranya terdiri daripada dawai besi, mesin dan peralatan pagar eletrik, pagar eletrik, kayu dan sebagainya.



Peralatan Membuat Makanan Lembu

Terdapat 1 jenis mesin pelepah yang digunakan untuk memproses makanan lembu daripada pelepah kelapa sawit. Pelepah akan di mesin sehingga hancur dan akan diberikan kepada lembu. Selain daripada itu dedak dan juga air garam akan diisi dia dalam bekas yang disediakan.




MEMBERI MAKANAN DAN AIR GARAM